Pihak pengurusan dan ahli Gereja Anglikan Saint Patrick Tawau menyambut baik dan bersedia menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan.
Rektor Gereja, Bishop John Yeo berkata semua ahli gereja perlu menerima suntikan vaksin tersebut kerana itu adalah langkah terbaik untuk melindungi diri daripada virus itu.